Agensi Pandu beroperasi pada tahun 2017 dan diuruskan oleh Fenomena Nur Hidayah ZK. Kami melaksanakan perkhidmatan konsultansi program pendidikan, konsultansi pengguna jalan raya berhemah, konsultansi insuran berkelompok, dan wakil pengangkutan awam

Manifesto

Remaja merupakan tunjang dalam pembanggunan negara. Kami di PANDU yakin dengan usaha kami dalam memahami dan menuntun sikap remaja di jalan raya, kadar kemalangan maut yang melibatkan golongan remaja dapat diturunkan.

Kami ingin memperbaharui, memperbaiki, dan memberi nilai tambah kepada sistem yang sedia ada. Malah kami mahu memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang etika di jalan raya serta membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah remaja yang pada asalnya mempunyai minat dalam permotoran tetapi tidak mengetahui etika-etika yang perlu dipatuhi.

Solusi

  • Memperkemas silibus pelajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
  • Penguatkuasaan pelaksanaan sistem dimarit berkala
  • Melaksana Program Pendidikan Awal Pemanduan Berhemah
  • Mewajibkan semua pelajar mengambil lesen memandu
  • Memantau proses pelaksanaan kursus perlesenan bagi pelajar
  • Menyenarai sesi pemantauan dalam tentatif kokurikulum.
  • Memberi kemudahan pengangkutan semasa proses perlesenan dijalankan.
  • Memberi perlindungan insuran semasa dalam tempoh perlesenan.

Ketahui lebih lanjut

Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, saranan atau anda ingin membantu atau berkolaborasi dalam usaha kami. Kami sentiasa menanti panggilan anda.

Hubungi kami