Program PANDU Hemah merupakan sebuah Program Pendidikan Awal Pemanduan Berhemah berasaskan konsep dinamik yang dijalankan secara berterusan oleh agensi kami.

Inspiratif, dinamik, dan mendidik

Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar tentang peranan mereka di jalan raya, nilai-nilai yang perlu ada dalam diri mereka, serta memberi inspirasi kepada pelajar untuk mengembangkan minat mereka kearah yang lebih positif dan berguna kepada diri mereka.

Meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya

Pelajar perlu mempunyai kesedaran dalam kepentingan keselamatan jalan raya bagi menurunkan statistik kemalangan maut tertinggi yang melibatkan golong pelajar. Pentingnya program yang mesra remaja untuk mengelakkan pelajar dari mengambil sikap acuh tak acuh dalam isu ini.

Ikon ternama negara

Kami menjemput ikon atau mentor ternama negara bagi berkongsi pengalaman dan kisah mereka bersama pelajar. Selain dari memberi pelajar inspirasi, mereka juga dapat mengenalpasti dan mengetahui bagaimana menjadikan minat mereka kepada perkara yang lebih positif.

Ketahui lebih lanjut

Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, saranan atau anda ingin membantu atau berkolaborasi dalam usaha kami. Kami sentiasa menanti panggilan anda.

Hubungi kami