Program PANDU Selamat merupakan sebuah program khas dan bertindak sebagai unit pemantau bagi menguruskan proses perlesenan pelajar yang diuruskan oleh agensi kami.

Peranan program

Unit Pantauan

  • Melakukan pemantauan dan pemeriksaan kenderaan di pusat-pusat litar.
  • Memantau sikap penceramah/pelatih litar/pelajar dan memastikan mereka mengikut undang-undang yang telah ditetapkan semasa sesi latihan.
  • Memantau fasiliti yang disediakan seperti kebersihan surau, kantin, dan ruang menunggu serta pengurusan masa di pusat litar.
  • Memantau aspek salah laku atau masalah gangguan mental.
  • Memastikan peti kecemasan disediakan dan setiap litar mempunyai pegawai keselamatan dan kesihatan.
  • Pendaftaran pelajar hanya boleh dilakukan oleh pihak sekolah.
  • Menyediakan kenderaan bagi menghantar dan mengambil pelajar.

Insurans kelompok

  • Memastikan semua pelajar dilindungi semasa program dijalankan.
  • Insuran ini melindungi pelajar bermula dari perjalanan pergi ke litar sehingga perjalanan pulang ke rumah.
  • Perkara-perkara yang dilindungi adalah kematian, kecacatan kekal akibat kemalangan dan kos rawatan akibat kemalangan di hospital.
  • Kami akan memastikan setiap pelajar yang terlibat dalam program dilindungi dan sekiranya terdapat musibah semasa program sedang berlangsung pihak kami telah menyediakan skim pampasan kepada pelajar.

Ketahui lebih lanjut

Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, saranan atau anda ingin membantu atau berkolaborasi dalam usaha kami. Kami sentiasa menanti panggilan anda.

Hubungi kami